Sunday, February 19, 2012

hrmm....



Rasanya mcm dah terlalu lama aku tak blogging sesuatu. Yang pasti ini first post untuk bulan ni, and ntah2 maybe the only one post. Mohon maaf kepada sesiapa yang mengikuti blog ni, sebab aku dah lama tak berkarya. Alasan? Haa, alasan aku satu je, aku dah takde access untuk blogspot kat office. Nak blogging lepas kerja macam malas jer, so itu boleh jadi alasan kedua. Mungkin rasanya dah tiba masanya to get back into real life. And yes, bukan saje blogging, FB tu dah jarang kot. Twitter pun tengok time, and maybe itu je aku boleh buat.


So, kalau agak2 satu hari kelak rasa nak tutup blog ni, aku tutuplah. Thanks for reading

Saturday, January 21, 2012

Transisi



Hari ni dah 21 Januari. Maknanya kalau setakat semalam dah genap seminggulah aku keja kat tempat baru. Alhamdulillah, aku rasa transisi pekerjaan yang aku buat ni memang bertepatan dan so far, aku happy. Kadang-kadang tak perlu ambik masa lama untuk menyukai sesuatu kan? Bayangkan... aku dah berkecimpung dalam dunia call center since 2002, semua tu hilang hanya dalam masa 5 hari. Telinga dah tak berdesing, and aku tak perlu nak hentak2 meja sebab aku tau ramai customer sebenarnya lebih berani kat phone. 


Lagi satu, aku tak taulah if aku ade masa nak berblogging sokmo time siang, sebab ikut requirement kerjaku, nak face to face customer lagi memerlukan fokus and expression. Nasib baiklah aku ni jenis yang suka senyum dan sabar, InsyaAllah aku mungkin dah jumpe kerja yang sesuai untukku. Amin

Wednesday, January 18, 2012

Bermula cabaran baru...

Hari ni dah berakhir hari ketiga aku di tempat kerja baru. Alhamdulillah, keputusan untuk bertukar kerja setakat ni ku rasa amat tepat. No more ACW, No more fix 20 minutes break, no more otak pening dan telinga berdesing, sebab sekarang aku dah ke satu langkah dalam bidang customer servisan, iaitu counter. Takde halangan dalam bahasa, so yang penting, aku tak perlu nak berpura-pura bercakap proper english dalam kehidupan. 


Harap-harap inilah titik permulaannya....

Wednesday, January 11, 2012

Akhirnya, dah dapat kata putus :)



Akhirnya, dah dapat confirmation oleh HR untuk memblahkan diriku. So Jumaat ni akan attend exit interview. Bila dapat email ni memang aku rase bersyukur sangat sebab akhirnya segala yang dinanti akhirnya berjaya diselesaikan. Barulah hati ni tenang, kan?


Yang pasti, ramai colleague dah sedar hasrat aku untuk pergi siap ade yang nak buat farewell. Alahai, touching la guys. It's Ok lah, kite keep in touch je lah, ok? Nanti kahwin aku jemput :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...