Tuesday, October 19, 2010

Impian Deko Ijam 2: Ruang Tamu

Hi Puan-Puan,
Rindu IJAM tak? mesti la rindu kan? OK, macam yang Ijam janjikan kat puan-puan minggu lepas, minggu ni Ijam kembali lagi dengan.. apa? tak dengar... yeee, IMPIAN DEKO IJAM! wah, makin meriah yee impian deko kali ini. Ijam banyak terima surat dan emel dari peminat-peminat yang nak kan pandangan Ijam. OK, untuk kali ini Ijam akan bacakan 2 emel terpilih untuk tatapan y'all, OK semua? sayang you all!

Emel 1: Nina (Bandar Seri Damansara)
Ijam, Nina suka baca pasal bilik tidur tu. Ye la, Nina dah nak kahwin bulan 12 nanti. Agak-agak Ijam, apakah ciri-ciri bilik tidur yang boleh buat laki kita mahu balik sentiasa?

IJAM: Nina, sebenarnya rahsia dalam bilik tidur tu terpulang kepada Nina, kalau Nina pandai melayan suami, bilik macam mana pun tak menjadi hal. Ehh Nina, saya dah salah advise neh ahhahahha, OK ok... yang penting ialah suasana bilik yang luas dan kalau boleh bilik itu cerah - macam penataan lampu, warna yang sejuk dan menenangkan serta positioning perabot dalam bilik tidak terlalu serabut.


Emel 2: Encik Mansor (Alor Setar, Kedah)
Apa habaq Ijam? Ceq nak tanya ang sket noo awat dok cerita pasai bilik tidur jaa? ang tanak cerita kaa pasai bilik tetamu kaa, bilik boss kaa? Awat ang buat lagu ni? Ang gatai nak berbini kaa?

IJAM: Encik Mansur, itukan episod pertama. Kena sabaq no....


Terima kasih kepada semua pembaca yang menulis kepada Ijam yee. Suke Ijam membacanye, Harap You all suke juga dengan jawapan Ijam hikhikhik. Ok la, bak kata Encik Mansur nak juga dibincang bahagian lain yang saya rasa sangat penting - RUANG TAMU.

Kenapa ruang tamu? Mudah. Setiap hari kita keluar dan masuk rumah kita akan melalui ruang tamu dan ruang tamu adalah tempat untuk kita berehat, beriadah, bermanja-manja dan sebagai first impression bila orang luar masuk ke rumah kita. Biasa la, orang luar tak akan masuk bilik kita kan selalunya? So ruang tamu memang sangat penting dalam rumah kita. So, macam mana ruang tamu yang Ijam suke nak cadangkan kat korang semua? Haa kat sini Ijam kasi 5 style ruang tamu yang sangat style di pandangan Ijam. Kalu tak suke, lantak korang la, ade aku kisah? eheehhee

Ruang Tamu 1

Ijam suke sangat style neh. Pertama, susun atur perabot sangat minima dan warna sangat menenangkan. Mungkin lebih sesuai jika di kondominium atau banglo tepi pantai (macam gambar di atas) tapi yang penting ialah perabot ini sangat sesuai dipadan dengan lantai marmar. Ni jugak lebih sesuai dengan style metropolitan dan modern kontemporari dan orang bujang yang mahukan ruang tamu yang selesa.


Ruang Tamu 2

Susun atur macam neh lebih kurang macam service apartment, sesuai untuk keluarga yang kecil dan mereka yang mahukan suasana 'hotel'. Juga sesuai untuk majlis koktel kecil-kecilan bagi golongan profesional malah saya jamin, ruang tamu seperti ini sangat mengamankan kita. Sesuai la kalau nak buat keje lepas balik keje, duduk rehat sambil menonton TV bersama yang tersayang.

Ruang tamu 3

Merah memang gorgeous. Kalau la Ijam dapat perabot macam kat atas neh, alahai, gembiranya hati Ijam. Yang penting, sofa L shape warna merah, tambah hiasan simple warna putih, cuma kalau tambah LCD TV memang perfect. Ijam harap rumah Ijam macam ni la nanti... harap je la

Ruang Tamu 4

Untuk ruang yang sempit dan wang yang kurang? Jangan risau.... tengok gambar di atas dan korang tau bahawa segalanya adalah mungkin. Yang nie mungkin sesuai untuk mereka yang duduk apartmen kos rendah dan rumah teres di mana ruang adalah sedikit sempit, tapi tak menjadi hal kalau nak berhias ala service apartment. Yang penting susunan sofa dan meja serta kabinet TV mestilah sejalur supaya meluaskan sedikit ruang.

Ruang Tamu 5

Mudah, simple dan sangat menyenangkan. Mungkin ini lebih kepada lobi hotel tapi tak mustahil kalau kita nak buat hiasan serupa di rumah. Yang penting penggunaan sofa dan meja serta hiasan gambar di belakang sofa dapat menaikkan aroma yang sangat aman. Ijam suke style ni.

So puan-puan, puas hati ke dengan edisi kali ni? nanti Ijam nak berbicara pasal dapur plak.... or maybe balkoni. Tunggu saje minggu depan dalam... IMPIAN DEKO IJAM!!!





2 comments:

  1. salam singgah and follow sini..sy mmg tgh tgk2 deco umah ni...cantik2 belaka. ;)

    ReplyDelete
  2. suka gak deco yg merah tu..tk sabar nk dpt umah baru kat port dickson nanti..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...