Wednesday, October 13, 2010

Impian Deko Ijam: Bilik Tidur

Puan-puan,
Akhir-akhir ini saya ada kegilaan baru yee, iaitu mengdekorasi ruang dalam rumah. Kadang-kadang bila kita balik rumah kita mesti nak suasana yang aman, maklum la dah serabut dok kerja kat office so bila balik rumah dapat la tenang kepala hotak kite ni ye dak? Kalau dah serabut pastu balik rumah pun serabut, so bila nak tenangnya? tambah lagi bau-bauan akibat benda-benda dalam rumah last-last boleh terpengsan kau. Itu yang buat kita asyik nak kuar tu, bukankah rumah supposedly "rumahku, syurgaku"? So hari ini kita akan mengdiskusi bahagian yang paling penting dalam kehidupan rumah kita, iaitu bilik tidur. Di bilik inilah sebenarnya paling banyak kita luangkan masa, percaya atau tidak? Kena la percaya sebab daripada 24 jam hidup kita, 1/3 kita adalah di bilik tidur. Itu belum masuk lagi weekend bila kita bangun lewat atau malas keluar, memang bilik tidur la tempat kita - nak nak if ada TV dalam bilik memang tak bergerak la walau ke mana-mana... akhirnya jadi la mamat bilik ehehehe


Bilik macam ni memang smart. Ada aroma klasik dan warna pilihan memang ngam - putih, krim dan hitam. Aku memang suke konsep bilik macam neh, ada macam british-british style gitu. Kepala pun tak bingit dan yang penting susun aturnya kemas walaupun ruang tak berapa nak luas.


Bilik macam ni simple, warna yang dimainkan hanya putih, kelabu dan hitam. Susun atur sebenarnya lebih moden dan aku rase lelaki metropolitan bujang sangat suka style macam neh. Sebab ape? warna dan susunan yang sangat minimal. Aku teringin jugak nak buat macam neh tapi aku rasa costing agak mahal.


Bilik macam ni jugak simple, sesuai untuk mereka yang punya ruang yang luas. Aku suka susunan katil di tengah-tengah dan dua lampu membaca kat kedua belah katil. Sangat la nice susunannya. Sebelah kanan katil ada almari boleh la letak baju-baju yang dilipat, baju-baju kecik dan dalam, takyah nak jalan jauh-jauh, but just nice. Warna yang kurang striking malah lembut menjadikan suasana bilik sangat harmoni dan sesuai untuk beristirehat (wahh dah macam buku-buku dah komen aku kali neh ehehehheheh)
Kalau ditanya, bilik macam ni la idaman aku, tapi aku tau nak buat susun atur macam ni sangat la mahal. Yang penting warna kelabu cair dia sangat la menenangkan. Tambah lagi ada LCD TV, fuh, memang menjadi bilik idaman. Susunan katil serta sofa ala-ala hotel macam ni sebenarnya boleh dipraktikkan, dan aku rasa kita walaupun duduk di rumah sendiri, boleh kot nak buat macam neh, siapa kata tak boleh?
Yang paling utama, ini semua ikut citarasa masing-masing. Macam aku, aku suka if bilik tu dapat suasana hotel, sebab aku rasa suasana bilik hotel paling nyaman. Tapi bilik aku sendiri sekarang takde la rupe hotel, memang typical bilik bujang but aku nak decorate step by step bilik supaya jadi tempat yang sangat aman untuk didiami dan ditiduri dan dilepaki eheeheh....

ok puan-puan, yang penting, ikutlah selera anda. Selamat berdeko! Jumpa lagi dalam "Impian Deko Ijam". Daaaa!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...