Semalam aku dapat merumuskan adalah satu hari yang sangat awesome. Been a week aku risau kerana mengenangkan adakah aku mampu melakukannya, tapi syukur ke hadrat Illahi ia berjaya. Sungguh tak percaya dibuatnya. Tapi itulah yang dah berlaku dan motivasi aku semakin meningkat.
Kalu diikutkan, jadual aku memang sangat pack semalam. Dari siang hingga ke malam. Memula aku ke pos office untuk pos jersi-jersi customerku, Alhamdulillah tak ramai customer yang datang PPL KL Sentral, so aku terus dapat mengepos tanpa perlu menunggu. Lepas tu aku ke Ampangan, Seremban. Bukan Ampang, KL tau, tapi Ampangan untuk attend wedding lecturer Farah. Makanan pun sedap, syukur Alhamdulillah. Tapi lepas tu adalah time yang mencabar bagi aku, sebab aku nak gi Rumah Api (nama baru untuk Noisy) untuk show No Turning Back/Under 18, fuh sebab aku kena beraksi untuk 3 band beb, 3 band tu yang mana semuanya memerlukan aku untuk mengeluarkan anak tekak, jerit-jerit tau.
Bermula dengan Incries, walaupun boleh consider band baru and lain dari genre yang aku biasa main, Alhamdulillah tugasan pertama berjaya diselesaikan. Crowd walaupun berdiri je, tapi respon sangat positif, hasilnya dah dapat invitation untuk show lagi. Bila tu? tunggu, akupun tengah tunggu confirmation but for sure next yearlah. Habis InCries, aku merehatkan diri, sebab selang 2 band pastu ialah band mesra stageku, Naratu. Time ni crowd memang menggila, dapat gak introduce lagu baru and Alhamdulillah respon sangat positif. Yang aku proud sangat sebab dapat pakai jersi Sarawak time tu, represent my state pride, beb. Even mamat No Turning Back, Martin (betul ke tu nama vokalis dia) datang dan puji. Aku sure dia tak faham sepatah benda kitorang cakap but yang penting dia dapat feel vibe tu. Settle Naratu, aku berehat panjang sebab time tu No Turning Back. Aku tak dan nak layan sebab tengah sibuk merehatkan diri, mengambil nafas. Settle No Turning Back, Overthrown perform. Time ni tak nape tah aku dah macam dirasuk semangat dulu, so aku mengcircle pitkan diri dan moshing sket, acewahhh lama sial tak buat. Dah buang tebiat. Settle Overthrown, Restraint plak. Time ni kitorang perform semua lagu lama, sebab aku nak dedicate untuk for old times good sake, eh apa susunan aku taip ni. Betul la tu kot. Memang best dan sweet je rase sebab feel show semalam dah sebijik masa zaman MCPA, only venuenya lebih kecik.
Lepas show, kitorang lepak dekat Dagang Avenue. Lepak dengan dak Overthrown, pastu Panjang, Jenn pun ada sekali. Sampai-sampai tengok screen Liverpool tengah leading Aston Villa 2-0, sehinggalah habis. Fuh, memang memorable gile. Dah la show awesome, pastu Liverpool plak menang. Maka tidurlah aku dalam senyuman...

0 comments:
Post a Comment