Tuesday, December 20, 2011
Bila kita bersama sebagai sebuah keluarga....
Aku suka quote King Kenny ni. Sebenarnya benda yang dia quote ni buat kita lebih strong, in any circumstance. Tak kiralah kalau aku bercerita pasal Liverpool, pasal kerja, pasal scene, atau apa-apalah, intipatinya kalau kita bekerja dalam 1 unit atau keluarga, kita akan mencapai banyak benda yang positif dan bagus. Malangnya, ramai di antara kita yang gila kuasa, nakkan perhatian lebih dan mahu orang nampak dirinya. Bagi aku, aku tak ambik peduli tentang semua tu. Apa yang aku buat ialah untuk mencapai keputusan bersama, biar semua orang gembira dan puas hati. Tapi biasalah, dalam hidup mana pernah kita nak dapat capai semua tu. Aku akui aku suka dengan idea 1Malaysia, tapi aku rasa pelaksanaannyer lemah. Mana mungkin nak capai 1Malaysia kalau gila kuasa kan? Yang menyedihkan ramai ambik kesempatan atas nama 1Malaysia untuk capai impian diorang. Tapi itu terlalu besar untuk aku perbincangkan.
Dalam Liverpool, kalau tengok dalam grup-grup fan Malaysia kat sini, pun dah ada pecahan. Ada yang stok terlalu fanatik sampai menganggapkan Liverpool itu Mekah, sampai terlalu mengagungkan player sampai kalau orang lain terkutuk player terus dibantai (malah direjek pendapat), ada jugak yang penyokong suam-suam kuku aka glory hunter (time menang je bersuara), ada jugak yang sentiasa positif minded, ada jugak yang terlalu negatif dan macam-macam lagi ragam. Padahal semua minat team yang sama, datang turun ke mana-mana matchview untuk chant bersama-sama tapi pe'el yang berlainan. Macam-macam hal.
Dalam scene, yang ni memang dari dululah, bukan saje sekarang. Start dari era hardcore/punk sampai la ni, masalah 'unity' memang sampai bila takkan dapat diresolve. Hasilnya, scene jadi berpecah belah sebab masing-masing dah tak dapat nak share pendapat masing-masing. Ada jugak yang nak jadi gengster dalam scene, hrmmm itu masalah besar tu. Nak sangat 'owning' atau jadi tuhan kot dalam scene, itu aku pangkah dari dulu lagi. Dan mangsanya biasa orang-orang macam aku atau yang lain yang cube tengok scene macam dulu. Kan best bila datang show kita bertegur sapa, salam tangan, bermesra, support each other... semua tu dah jadi lain. Belum lagi cerita pe'el budak2 yang berubah lepas ada band. Hrmmm jalan pun dah mula tak nampak orang, haii... tolonglah.
Dalam kerja pun sama, biasanya kalau dalam swasta biasanya problem racism tu kuatlah. Malas nak cerita, biasa korang yang kerja boleh alami sendiri. Tu belum campur clan ex-colleague lagi. Macam-macam betul.
So, pendek kata sebenarnya kita face dunia yang penuh dengan kepura-puraan, susah nak jangka apa yang kita lihat dengan mata kasar. Harapan nanti in future segalanya jadi better. InsyaAllah.
Labels:
coretan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment