Thursday, December 22, 2011
Comeback Kid (takde kaitan dengan band itu Okay....)
Tak sangka, nampaknya aku dah makin menghampiri hari-hari terakhir di sini. Alhamdulillah, kali ini aku dah mendapat peluang untuk meneruskan karier di tempat lain dalam bidang yang lain aku ceburi selama ini. Mungkin satu cabaran yang agak besar rasanya, dan bakal menguji skill dan pengalaman bekerja aku selama ini. Tak pasti jugalah aku akan punya masa untuk berkarya seperti ini di waktu kerja seperti sekarang. Maybe benda ni yang akan aku miss sangat2 nanti, tapi rasanya bila dah mula kerja aku akan mengalaminya sendiri. Kadang-kadang terfikir bijak jugak keputusan aku melangkah ke kompeni sekarang, sebab kalau dilihat beza gaji tu agak besar jugak, so maksudnya diorang takde masalah nak approve gaji yang aku mintak. Dengan bidang baru ni, aku akan lebih banyak bertemu orang, ditemu orang dan banyak berkomunikasi depan mata, berbanding sekarang di mana aku hanya menjawab telefon sahaja.
Aku pasti akan merindui apa yang aku ada hari ini dan selama lebih 9 tahun aku ceburi selama ini. Well, aku ada lagi tempoh 3 minggu di sini... kalau dapat blah lagi awal lagi syok, bolehlah merilekkan diri sekejap :)
Mungkin kata orang destiny, aku kembali ke kompeni yang pertama aku sertai. Kire macam King Kenny, Robbie Fowler, Craig Bellamy dan Ian Rush la aku ni. Am I Comeback Kid!
Labels:
coretan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment