Thursday, December 15, 2011

Harapan menggunung

Hari ni dah hari keempat, ikut kata diorang dalam tempoh 2 minggu if takde jawapan tu maksudnya takdelah tu. So bermakna, aku hanya ada 6 hari bekerja lagi untuk menanti. Hrmmmm berdebar-debar jugak menanti apakah jawapannya, memang agak tinggi harapan aku kali ini. Besar dan tinggi kerana nekad aku nak berhijrah dari sini sangatlah sangat, sebab aku dah macam tak mampu nak menanggung beban dan stress pekerjaan sekarang. Tak guna kalau cuba meneruskan sesuatu yang tak nak diteruskan, kan?


Termasuk yang baru aku attend baru-baru ni, dah 2 kalilah aku pergi mengunjungkan diri ke tempat orang untuk mengadu nasib, dengan niat untuk berhijrah. Yang pertama tu, time temuduga sangat positif tapi entah apa yang menyebabkan aku tak dapat, aku tak tau. Tengok dah call reference tu semua, so aku terpaksa lupakanlah.... sedih. Yang terbaru ni, reference aku sendiri yang tolong hantarkan. Look like OK tapi so far aku tak dengar lagi khabar berita.... bukan nak bersikap negatif tapi biasanya kalau orang nak, diorang akan contact immediately. Ni yang buat aku down ni apatah lagi la dengan beban stress customer yang low tolerance yang aku handle sekarang, pening kepala dibuatnya beb.


Macam aku kata, aku nekad. Kalaulah ditakdirkan aku diminta melaporkan diri seawal Januari, memang aku akan chow dengan segera... tapi make sure aku dapatlah. Tapi kalau boleh biarlah aku pergi dengan hormat.... tamo la buat2 hal, kan?


May the luck be with me. Amin

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...